Wednesday, December 30, 2015

Serah diri ke hospital..

Dari 4hb sampai la ke 12hb adalah hari yang sangat stressfull bagi saya. Saya berada pada alert level yang sangat tinggi. Risau kalau jadi apa-apa pada baby dalam perut. Almaklumlah, baby sudah overdue. Baby kick chart memang sungguh-sungguh saya kira. Siap kasi extra lagi, kalau dah sampai sepuluh pun kira juga lagi nak bagi puas hati, baby dalam keadaan sihat. Kadang tu, malas nak jalan ke mana-mana sebab nak concentrate dengan kiraan kick chart baby. Kalau berjalan-jalan mesti dah tak ingat nak kira dah, mata melilau ke sana sini. Hahaha.. Sampaikan pernah sekali tu, sebab terlalu lah sangat berjalan-jalan, saya terlupa bilangan tendangan baby, then masa tu sibuk la bawa husband serah diri ke hospital. Tapi last-last tak jadi sebab husband takmau, dan saya pun dua hati sebenarnya nak pergi hospital. Terpaksa la tunggu permulaan hari baru untuk kiraan kick chart yang baru dengan harapan, malam tu baby berada dalam keadaan sihat walafiat.

Dalam tempoh ni juga, bukan tak ada contraction. Ada.. Cuma atas pengalaman-pengalaman bersalin sebelum ini, saya nak pastikan yang contraction tu memang betul contraction yang tahap nak bersalin dah, yang bila datang hospital masuk labour room terus bersalin gitu. Takmau duduk lama-lama dekat wad, penat wehh tiap 4 jam kena cek dengan doktor/nurse. 

Tapi makin difikir-fikir makin pening jadinya. Tiap kali contraction datang, tengok jam pukul berapa, berapa lama contraction tu datang, dan kadang berfikir lagi, ini sakit contraction atau sakit pinggang atau sakit baby menendang? (Kuat weh baby aku tendang, rasa dia menyiku/melutut pun sakit weh) So dapat bayangkan tak betapa kalutnya hari-hari aku masa ni? 

Awal subuh 10hb Disember; contraction semakin kerap, 2jam sekali. So total adalah dalam 3 kali contraction subuh tu. Tapi bila tiba siang hari contraction menghilang. Oh sangat kecewa. Takpe tunggu lagi. Doktor bagi tempoh sampai 13hb, masih ada masa.

11hb Disember pun macam tu juga. Contraction 2jam, siang hilang. Tapi hari tu memang nekad la, 2jam ke 3jam ke atau teda jam, malam memang niat nak serah diri kat hospital. 

Kesian budak ni, semua orang pakat senyap takmau bagitau birthday pada 12hb Disember tu. Supaya dia pun tak rasa sedih takde orang celebrate, dan dia pun tak sedih mama dia takde kalaupun celebrate birthday dia. 

Reason being, 1) 12hb Disember tu birthday si kakak, mesti dorang nak celebrate birthday dia, kalau aku masih ada kat rumah, mesti dorang akan suruh tunggu untuk celebrate birthday kakak. Dan turns out, malam baru la aku dapat pergi hospital. 2) Niat di hati, nak bersalin 12hb Disember, nak bagi sama-sama dengan kakak dia. Kalau aku pergi hari target nak bersalin takut tak sempat pula nak dapat date tu. Hahaha giler kiasu kan. 3) Aku memang dah berapa hari tak sedap hati, stress memikirkan hari ke hari. Dari stress di rumah fikir sorang-sorang, baik aku stress di hospital, ada doktor& nurse tolong fikirkan untuk aku. Hahaha.. 4) Aku taknak pergi PAC sensiang. Mesti ramai giler orang. So sebab tu aku pergi malam. 

Tapi tragisnya, sempat lagi merajuk dengan husband. Dia takmau sangatlah hantar aku malam tu. Nak juga suruh pergi esok paginya. Kesian kat budak2 katanya. Sebabnya dia kena tunggu aku kat hospital malam tu dan tinggal budak2 dengan maid. Tapi aku minta drop je pun sebenarnya, sebab aku yakin sangatlah malam tu memang takla nak beranak lagi dengan keadaan contraction yang manja-manja lagi ni. Aku pun dengan malasnya nak explain, cakap je perut dah makin sakit. Tipu sunat. Hehe.. So here start my labour journey at wards. 

.. to be continued


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Friends