Wednesday, December 30, 2015

Serah diri ke hospital..

0
Dari 4hb sampai la ke 12hb adalah hari yang sangat stressfull bagi saya. Saya berada pada alert level yang sangat tinggi. Risau kalau jadi apa-apa pada baby dalam perut. Almaklumlah, baby sudah overdue. Baby kick chart memang sungguh-sungguh saya kira. Siap kasi extra lagi, kalau dah sampai sepuluh pun kira juga lagi nak bagi puas hati, baby dalam keadaan sihat. Kadang tu, malas nak jalan ke mana-mana sebab nak concentrate dengan kiraan kick chart baby. Kalau berjalan-jalan mesti dah tak ingat nak kira dah, mata melilau ke sana sini. Hahaha.. Sampaikan pernah sekali tu, sebab terlalu lah sangat berjalan-jalan, saya terlupa bilangan tendangan baby, then masa tu sibuk la bawa husband serah diri ke hospital. Tapi last-last tak jadi sebab husband takmau, dan saya pun dua hati sebenarnya nak pergi hospital. Terpaksa la tunggu permulaan hari baru untuk kiraan kick chart yang baru dengan harapan, malam tu baby berada dalam keadaan sihat walafiat.

Dalam tempoh ni juga, bukan tak ada contraction. Ada.. Cuma atas pengalaman-pengalaman bersalin sebelum ini, saya nak pastikan yang contraction tu memang betul contraction yang tahap nak bersalin dah, yang bila datang hospital masuk labour room terus bersalin gitu. Takmau duduk lama-lama dekat wad, penat wehh tiap 4 jam kena cek dengan doktor/nurse. 

Tapi makin difikir-fikir makin pening jadinya. Tiap kali contraction datang, tengok jam pukul berapa, berapa lama contraction tu datang, dan kadang berfikir lagi, ini sakit contraction atau sakit pinggang atau sakit baby menendang? (Kuat weh baby aku tendang, rasa dia menyiku/melutut pun sakit weh) So dapat bayangkan tak betapa kalutnya hari-hari aku masa ni? 

Awal subuh 10hb Disember; contraction semakin kerap, 2jam sekali. So total adalah dalam 3 kali contraction subuh tu. Tapi bila tiba siang hari contraction menghilang. Oh sangat kecewa. Takpe tunggu lagi. Doktor bagi tempoh sampai 13hb, masih ada masa.

11hb Disember pun macam tu juga. Contraction 2jam, siang hilang. Tapi hari tu memang nekad la, 2jam ke 3jam ke atau teda jam, malam memang niat nak serah diri kat hospital. 

Kesian budak ni, semua orang pakat senyap takmau bagitau birthday pada 12hb Disember tu. Supaya dia pun tak rasa sedih takde orang celebrate, dan dia pun tak sedih mama dia takde kalaupun celebrate birthday dia. 

Reason being, 1) 12hb Disember tu birthday si kakak, mesti dorang nak celebrate birthday dia, kalau aku masih ada kat rumah, mesti dorang akan suruh tunggu untuk celebrate birthday kakak. Dan turns out, malam baru la aku dapat pergi hospital. 2) Niat di hati, nak bersalin 12hb Disember, nak bagi sama-sama dengan kakak dia. Kalau aku pergi hari target nak bersalin takut tak sempat pula nak dapat date tu. Hahaha giler kiasu kan. 3) Aku memang dah berapa hari tak sedap hati, stress memikirkan hari ke hari. Dari stress di rumah fikir sorang-sorang, baik aku stress di hospital, ada doktor& nurse tolong fikirkan untuk aku. Hahaha.. 4) Aku taknak pergi PAC sensiang. Mesti ramai giler orang. So sebab tu aku pergi malam. 

Tapi tragisnya, sempat lagi merajuk dengan husband. Dia takmau sangatlah hantar aku malam tu. Nak juga suruh pergi esok paginya. Kesian kat budak2 katanya. Sebabnya dia kena tunggu aku kat hospital malam tu dan tinggal budak2 dengan maid. Tapi aku minta drop je pun sebenarnya, sebab aku yakin sangatlah malam tu memang takla nak beranak lagi dengan keadaan contraction yang manja-manja lagi ni. Aku pun dengan malasnya nak explain, cakap je perut dah makin sakit. Tipu sunat. Hehe.. So here start my labour journey at wards. 

.. to be continued


Speechless..

0
Bila melibatkan hal-hal pregnancy ni, saya selalu jadi speechless dengan soalan-soalan Abang dan Adik. Ada-ada saja soalan trivia yang keluar dari mulut dorang. Ok forget about, where baby come from. Ini lain dari yang lain..

At one time, looking at my bulging pusat, Abang asked, is this his "lolou"? Haha.. Pastu dia tanya lagi sambil pegang kaki mama, ini kaki baby ke? Dia ingat badan baby tu ikut mana badan mama dia kot. 

Pastu, sekali tu Adik tanya, macamana baby keluar? Memang speechless la time ni. Tak tau sangat nak jawap apa.

Sekali tu lagi, kali ini lepas bersalin masa baby menyusu badan. Abang tanya tak habis ke susu mama? Macamana mama masukkan susu dalam badan? T_T

Budak-budak kan. They'll ask you a never ending question. Kena sabar je la layan. Ini masa dorang nak belajar.


Tuesday, December 29, 2015

Welcoming baby Darwish Zaqwan.. Part 1..

0
Hai..

I had never failed to blog this lifetime event, previously. So i cannot fail this time. Actually, I almooost.... about to fail, but luckily out of a sudden somebody had reminded me about this blog thingy, and suddenly I missed blogging. Kebetulan pula this lifetime event had just happening to me.

So if you didn't know, I just gave birth to a wonderful baby boy last 12th December 2015. I think this is THE MOST challenging journey I had been gone through. From pregnancy stage until labour. Kalau ikutkan hati, this will be my last pregnancy. Tapi... encik abam nak lagi bagi cukup empat.. T___T However, I did not want to elaborate further about my pregnancy, otherwise it will get booooring....

My EDD was supposed to be on 4th December 2015. Afraid that I'll create lifetime chaos at the office, pecah-air-ketuban-di-ofis-then-minta-tolong-colleague-hantar-ke-hospital-then-terberanak-pula-kat-dalam-kereta-OMG, I then apply 1 week leave prior to my EDD. 

Masa cuti tu, I didn't just sat in front of the TV usap-usap my belly eating snack. Not pampering myself at all. I tried to settle all things before my EDD. Plus I think, this might be a good exercise for me for easy labour later. 

I went to immigration for my maid work pass. I went to accompany husband to Secretary Office for our company. I went to husband office, accompanying him kemas office (read: duduk atas kerusi sambil tengok-tengok hp.. hihi) I went for last minute baby preparation shopping. Memang penat sangat-sangat weh.. A PLENTY of walking involved. At one time, I felt like I wanted to beranak already, like VERY-VERY SOON. Just imagine, every 4-5 steps, I had to slow down because I can feel the contraction. 

Because of that, after three days of such activities, I decided to rest at home. I thought it is enough of walking-around-initiating-labour already. However, it does no good for me. Coming 4th of December, still no sign for me to give birth. 

..to be continue..

Tuesday, February 10, 2015

Pose mengancam Delisya..

0
*Ini entry tertunda baru jumpa dalam draft

Hari ni nak cerita lagi tentang anak dara aku, Delisya, yang semakin membesar ni.. Dah mencecah 3 tahun, 2 bulan this coming 12hb Februari 2015.. Walaupun baru 3 tahun, terasa macam dah berumur 7 tahun dia ni.. Terlebih pintar.. Haha.. Part tu nanti aku cerita lain hari.. Hari ni nak cerita the feminine side of her..

Walaupun dia baru berumur 3 tahun, tapi salah satu perangai dia ni yang paling obvious sekali adalah dia ni sangat beauty concious.. Bila shopping baju, dia akan belek satu-satu baju yang dia nak beli.. Tak boleh simply pilih-pilih dan ambil mana yang kita suka.. Kalau tak baju tu memang tak akan dia pakai.. Kena ikut selera dia!

Pastu kalau mandi akan ambil masa berjam-jam dalam tandas.. Bukan sebab berendam dalam air atau main bot-bot macam abang dia selalu buat.. Tapi sebab dia syampu rambut dengan bersungguh-sungguh ala-ala salon.. Rambut dia memang dia sayang.. Tak bagi kitorang potong, sebab katanya nak macam Princess Elsa nanti.. 😂 Padahal rambut dia tak panjang pun, cam panjang rambut Rapunzel lepas kena potong je..

Paling hebat apabila kitorang suruh posing depan camera.. Cepat je nak posing, seribu satu gaya dia bagi.. 























Kagum aku dengan gaya dia.. Entahlah dari mana dia belajar.. Aku masa kecik-kecik masa umur dia ni, nak buat peace pun taktau lagi.. T__T Even sekarang, nak selpie muncung itik pun masih tak reti.. 😂

Sunday, February 8, 2015

Saya Seorang Blogger Yang Istiqomah

0
Terasa lawak pula.. Lima entri terkini blog ni, semua tidak miss dengan perkataan maaf sebab lama tak blog then disusuli dengan janji-janji pelesu, nak keep on blogging la kononnya.. Poddahchitt.. Semua janji-janji terang bulan orang sabah bilang..

Tapi akhir-akhir ini, aura-aura untuk kembali aktif berblog sudah mula kembali meresap dalam diri.. Banyak reason sebenarnya.. Tapi salah satu sebab utama adalah bila terrrtengok Vivy Yusof dalam Raikan Wanita hari tu.. 

I'm aware that Vivy is the women behind Fashion Valet, but tak pernah tahu the real story macamana dia boleh terjebak dalam bisnes, dan kembangkan bisnes online tu jadi multimillion ringgit business.. (Taknak cerita panjang pasal Vivy, nak tau cerita dia boleh google ye).. Dan oleh sebab sangat terkagum dengan kesan blog terhadap bisnes Vivy, tiba-tiba je semangat nak kembali aktif berblog membuak-buak.. Tapi janganlah pula kata, ada udang di sebalik batu.. Pasal nakkan something baru lah sibuk ketak-ketak menekan keyboard.. Memang all this while, i'm a happy blogger to my another blog momsavenues.com.. Cuma blog ni je yang seolah-olah dianaktirikan sikit.. Sob.. Sob.. 


Insya Allah, it won't be the case anymore.. I am a true blogger now, compare to my previous blogging day.. Jangan tak percaya, I have gained more knowledge on blogging now, name it; SEO, email marketing, CTA, backlink, off-site SEO and so on.. Dan sekarang ni dah tak main dah coding2 nak buat smiley bagai.. Haha.. Berlagak bukan main.. But it just to give the idea that, I never did really ditch the blogging world.. ✌️

Wednesday, August 21, 2013

Anak Dara Omak

0
Its seem quite a while since I last share stories of my kids.. Hari tu je semangat masa dorang masih kecik-kecik lagi.. So, meh la hari ni aku share cerita anak dara aku yang sungguh ayu gitewww..



Anak dara aku ni kalau tengok badan memang kecik comey je.. Umur dah 1 tahun 8 bulan 9 hari.. Tapi berat baruuuuu je 10kg.. Kira ala-ala jaga badan gitewww.. Betul ni!! Dia memang jaga badan sungguh.. Selalu makan, pilih nak makan sayur je.. Buah-buahan tu la favret no 1 dia.. Nasi makan juga la, cuma ayam kompom tak suka.. Takut naik berat kot?? Tapi, junk food tetap mentekedarah.. Kalau ikutkan memang nak tunggu sampai 2 tahun baru nak bagi dia makan junk food, cam abang dia dulu.. Tapi tak dapat nak control, since dia dah ada mentor dia sendiri, which is abang dia lee.. T__T

Kecik-kecik ni dah nampak dah keperempuanan dia, suka sangat la nak 'menolong' bagai bila orang dah sibuk kat dapur.. Orang masak kat dapur, dia pun masak juga.. Cumanya kat lantai je la.. Hehee.. Mana orang buat kerja, situ la juga dia akan menempel sama, 'menolong'.. Anak omak la katakan.. ^o^  Tapi satuuu je hobi dia yang lain daripada yang lain, yang bukan cam anak dara.. Suka memanjat.. Yang ini pun kompom belajar dari mentor dia.. Huhuu..

Walau apa pun, favret anak dara ku sorang ni, semoga jadi anak yang Solehah dunia dan akhirat.. Amin..



Tuesday, August 6, 2013

Blog Marathon

0
THREE post in a row!! Phew.. Can I cal this a blog marathon? I was just flipping through my old post, and feel surprise and more than happy that I managed to jot it down here.. At least, I have something to reminisce in the future..

And now, while I'm trying to to do some revamp to my blog, i noticed that i had forgotten most of the html language that i had put all my effort to learn way back during i was an active blogger, like five years ago.. FIVE?? Oh, how i had missed many things about blogging.. Seriously missed..

I think this is a new chapter for me in blogging then.. I have to do all the html studies all over again.. Oh, what a waste.. *sigh

Percubaan Posting from Mobile Apps

0
Ok,whatever it is, nak try juga create post dari mobile apps ni.. Or else, just nak tggu my one fine day yang entah bila, memang tidak bersua la gamaknya kita.. Huhuhu..

Hahaha,boleh tak,after quite sometime tak update blog, buka2 je blog main terjah je ek.. Macamn ni nash terjah pun kalah.. Ok ok ok.. Assalamualaikum semuaaaaa.. ;)

So,where do i start? Family? Career? Business? Friends? Maybe the very recent one,my kids has entered taska?

************************************************
Hahaha..

Di atas ni adalah antara entri yang terbengkalai yang satu masa dulu dengan semangatnya aku mencuba nak post dari mobile apps.. Taip satu perenggan, tunggu seminggu, sambung lagi saatu perenggan.. Sudahnya, macam ni lah jadinya.. :p

Doakan saya semoga istiqamah dalam mengupdate blog ni ye.. Saya rindukan zaman blogging saya.. & now facebook had taken the lime light.. T__T

The Return Of Me

0
Tiba-tiba terkejut bila buka balik blog, ada plak entri jatuh tangga.. Sempat juga update setahun lalu cerita ni.. Banyak juga yang keciciran dari update.. Tapi kalau nak paksa update gk sekarang2 ni, memang tak sesuwaii sangat la.. Cerita anak, baru berjalan sedangkan sekarang dah terer memanjat, cerita pindah rumah, sedangkan sekarang ni pun dah pindah lagi sekali.. Nanti kompius pula korang-korang kan..

Baik aku update cerita yang paaaaaling baru keluar oven kan?? Sebelum tu, mesti korang heran kan kenapa tiba-tiba aku muncul kembali dalam dunia blog ni?? :)

Haaa.. Ni la nak cerita.. Alkisahnya, sekarang aku dah jadi pengedar Shaklee.. Alhamdulillah, dalam banyak-banyak perniagaan, rasanya perniagaan ni lah yang paling masuk dan masyhuk sekali aku pernah buat.. Rasa menyesal pula sebab join lambat.. Kalau tak, sekarang ni mesti dah ke bintang ke bulan dah.. Tapi tak pe, better late than never.. If we don't start today, then when?? There's no such thing as one perfect time.. Start je dulu, sebab nak start tu yang terasa amat beratnya.. Bila dah start, insya Allah semua akan dimudahkan Allah..

So, dengan rasa rendah diri, jemput lah ke blog Shaklee gue.. Insya Allah, akan diisi dengan informasi yang padat.. :)


Thursday, April 12, 2012

Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik

0
Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik | iluvislam.com discover the beauty of islam

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥
Sahabatku serta adik-adikku..
Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,Wahai calon- calon istri sholehah kebanggaan Islam,
Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasehat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur...
~♥♥♥~

Allah berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).

Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)

"Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah)." (Qs. Al-Ahzab: 33)

Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata." (Qs. Al-Ahzab: 36)

"... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya," (Qs. An-Nuur: 31)

Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut... Namun tentunya... tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya... hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah... yang dapat memetiknya... meraih pesonanya...
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan islam menyuruh memperlakukan wanita sepeti permata yang sangat berharga. Yaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh siapapun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, niscaya ia akan kehilangan nilainya.

♥♥ Saudariku...
Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.

♥♥ Saudariku...
Tidak semua wanita berjilbab itu sholehah, tapi wanita sholehah itu pasti berjilbab. Jika hidup ini pilihan pilihan, kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga? Jika Allah Ta'ala menjadikan Islam itu mudah. Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah. Dan jika, Berjilbab itu wajib. Bukan berarti wanita boleh sesuka hatinya pamer aurat dan mengatakan aku belum siap. Wajib tetap harus dilaksanakan dan dosa tetap ditulis. Dan ini Ketetapan Allah.

♥♥ Saudariku...
Tidaklah sama antara wanita mukminah dan wanita kafir. Wanita mukminah adalah perempuan yang beriman, dermawan, berpuasa, memakai hijab. Takut pada Tuhannya, ramah terhadap tetangganya, taat pada suaminya dan sayang pada anak-anaknya. Dia mendapatkan pahala yang besar, ketentraman, dan keridaan-Nya. Sedangkan perempuan kafir, suka memamerkan kecantikannya, jahiliyah, naïf, suka memamerkan pakaiannya bagai barang dagangan, komoditi murahan yang dijajakan di banyak tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa kehormatan, tanpa kemuliaan dan kehilangan keserian.

♥♥ Wahai Saudariku... Agar engkau menjadi wanita terelok di dunia
Engkau dengan segala yang engkau miliki lebih baik dari jutaan wanita lain. Dengan Kecantikanmu, engkau lebih elok daripada matahari. Dengan akhlakmu, engkau lebih wangi daripada harum minyak kesturi. Dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada rembulan. Dan dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintik hujan. Maka jagalah kecantikanmu dengan keimanan, kerelaanmu dengan puas diri, dan harga dirimu dengan jilbab. Hingga engkau menjadi wanita terelok di dunia.

Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa, dermamu yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat dan sujudmu dikeheningan malam. Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu. Pakailah pakaian takwa, niscaya engkau akan menjadi wanita tercantik didunia.

♥♥ Saudariku... Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lain, dari satu taman ke taman lain. Lihatlah... dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar, tapi dalam hidupnya yang begitu singkat dia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang. Atau jadilah engkau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan yang baik pula, jika ia hinggap diatas tangkai tidak mematahkan, menyentuh nektar tapi tidak merosaknya, mengeluarkan madu, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Itulah ibarat wanita yang lembut, perempuan sejati, yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat, tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya.

♥♥ Saudariku...
Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.

♥♥ Saudariku... Kerana...
Ibnul Qayyim dalam bukunya 'Taman orang-orang jatuh cinta & memendam rindu' menulis bahwa
"Allah menjadikan penyebab kesenangan adalah keberadaan istri." Andaikata penyebab tumbuhnya cinta adalah rupa yang elok, tentunya (wanita) yang tidak memiliki keelokan tidak akan dianggap baik sama sekali.

Kadangkala kita mendapatkan orang yang lebih elok rupanya memilih pasangan yang lebih buruk rupanya, padahal dia juga mengakui nilai keelokan (wanita) yang lain. Meski begitu, tidak ada keburukan apa-apa dalam hatinya. Kerana kejernihan akhlaq merupakan sesuatu yang paling disukai manusia, dengan begitu kita tahu bahwa inilah yang paling penting dari segalanya. Memang boleh saja cinta tubuh kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi cinta itu akan cepat lenyap, dengan lenyapnya sebab.'

Kalau bahasa ringkasnya, 'kecantikan wajah terletak di hati seseorang. Jauh lebih penting dari kecantikan wajah adalah kesejukan wajah Anda ketika suami memandang.'

Dalam sebuah hadits Rasullullah mengatakan... nikahilah seorang wanita kerana agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang sholehah meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
Wanita yang (akhlaknya) buruk adalah untuk laki-laki yang (akhlaknya) buruk, dan laki-laki yang (akhlaknya) buruk untuk wanita yang (akhlaknya) buruk pula. Wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik-baik untuk wanita yang baik-baik pula. (Qs. An-Nur: 26).

Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rosak pulalah generasi tersebut.

Maka, engkaulah wahai saudariku... engkaulah pemikul amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah Rasul-Nya.

♥♥ Saudariku... Wanita sholehah adalah Bidadari Dunia
Allah telah dengan begitu Indahnya mengibaratkan, bahwa salah satu ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan sopan.

Wanita sholehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan syari'at, pandangannya menyejukan mata sang suami, tidak pernah membantah suami yang menuntunnya menapaki jejak-jejak Assunnah dan patuh terhadap Al-Qur'an. Menjadi penyuntik semangat dikala suami kalah dan lelah.

Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada disisinya disetiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh Kebahagiaan Memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai bidadari.

Tuesday, March 27, 2012

Isteri Solehah

0
- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

- Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

- Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

- Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 22, 2012

Online Shopping~~

0













I never tried online shopping before, okay, got once!! but that was only because i couldn't find it sold in KK!! The only things that I dare to spend my money online was flight ticket. Itu pun setelah Air Asia "Now Everyone Can Fly", had become "Now Everything Must Buy"!! And when you don't buy, you will be charged even more!!




However, during my confinement days, where you had nothing much to do, other than making sure your milk supply is enough and applying confinement herbs to your body, and you had to spent most of your time confined in the bedroom, you had no choice either to go for internet surfing or watching tellie for an entertainment, apart from attending a 2yrs old kid, which later is not an option for me since we had no tellie in the bedroom.




So obviously I will pick internet surfing to ease my boredom. 2nd days.. 5th days.. 1 week.. 1 month.. I started to feel bored, not knowing what other information to surf, what to blog, what to read, etc. It was until i got the idea to start another online blog shop. Hahaha.. Selling online seems a seasonal event for me. Tiap kali beranak, pantang baru nak aktif berniaga. Hopefully, this one won't stop halfway.. I do my marketing from Facebook. But to be seen, you have to add more and more friends. My mistake was, I add friends whose also an online seller. And their offer was always tempting to me. So, no need for me to explain more.. faham-fahamlah when a lady run into a good deal item.. ;)

From Potong Jambul to Jatuh Tangga~~

0
Tiap-tiap kali update blog, memang intro kena minta maaf dulu la. Mana taknya, asyik-asyik lambat update. Tapi, kali ni rasanya tak perlu lagi lah nak bagitau reason whatsoever. Kang menyampah pulak orang, the same lame excuses. Hohooo..

Okay, i've been back to work for a month already. 1 bulan 2 hari to be exact. Nothing much. Kerja macam biasa. No need to mention la piling of letters awaited me. Kalau tak cuti pun, memang piling of letters juga yang awaited me. Hahaha..

On a lighter note, we have held majlis potong jambul for dedek on 25th February 2012. It was not planned actually. Memang dah plan earlier, but cancelled at a very last minute and suddenly 'on' again also at a very very last minute. That's the main reason we cannot performed aqiqah for dedek. The kenduri was also a very short and simple one, with only close relatives invited. However, since it was a first big event held for dedek, mama dia pun tak nak kalah, tetap gak pergi shopping baju untuk dedek. Hehehe..


Love the english-ness dress. :)







I am blessed to be gifted by a loving husband, wonderful son and cheerful daughter. I could not ask for more. 'Ya Allah, Engkau pertahankanlah keluarga kami, peliharalah keluarga kami dari sebarang bentuk kejahatan, dan Engkau berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat'.


p/s: This was the day Danish had his first fall. Bukan alang-alang punya jatuh, jatuh tangga!! I think 4 stairs, as what Danish told. And what saddened me, my husband and I was not there for him when he needed us the most. :( Luckily nothing serious happened.

Monday, March 5, 2012

Rumah Terbalik Kg. Tebobon

0



When I first saw the picture of Rumah Terbalik on facebook, it never came across my mind that it is actually in Malaysia, Sabah some more. So like any other pictures on the facebook, I just browse through, read some of the feedbacks, and left for another buy-me-online picture which is more ‘related’ to me, ;). It wasn’t until I saw the very same picture on Sabah local newspaper, that caught me to surprise. I was amaze and proud at the same time knowing that this is the first Rumah Terbalik in Malaysia and it is located in SABAH!! And the next weekends, I started noticing that more and more pictures were posted on FB on the Rumah Terbalik. Woww, surely the newspaper had done a good job in promoting this place. And from reviews I have read, I was attracted to go there myself to see how terbalik is this Rumah Terbalik.



So, one fine day on a hot sunny afternoon, during our way back to Ranau, we decided to stopped by at the Rumah Terbalik. It was actually located at Kg. Tebobon, Tamparuli right before Shell Station, the last pump station on the Tuaran – Ranau highway. Initially I just wanted to see from afar from the comfort of our air-conditioned car. But my husband insist on going in, pegi sekali je pun, he said.




So, in we go!! We have to pay RM20 for two Malaysian adults. Luckily Danish was still 2 years old, so he got a free entrance. They will charge some fee for child above 3 years old, how much, i didn't bother to ask since ours is FREE!! ;) For foreigners the fee is RM18 per person. On my opinion it was quite expensive if I were to compare with Ranau Hot Spring where you only pay RM3 per entry per person. I assume they are charging at that rate since it was hard to get a returning customer to the place, Mr. Alex, I think you ought to think of some other thing to attract customer to revisit this place, maybe a Kolam Terbalik or something else. ;)



Before entering the house, we had a short briefing on the Rumah Terbalik. It was told that the house occupied by a family of four. Everything in the house was upside down. Even from the small thing such as power socket to the heaviest item in the house, sewing machine (as what i was told la, I initially tought it was the fridge that is the heaviest). We were only allowed to walk on the carpeted area, since it was the sturdy floor in the house. Other than that is fragile as it was designed to be the ceiling of the house. Unfortunately, no picture allowed inside the house. So, just enjoy our outside picture.
















Notice the above three pictures, Danish was poking his hand to his nose? It was his version of peace actually. Entah la dari mana dia belajar ni. ;)

Tuesday, January 31, 2012

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS

0
♥ Love her.. when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

♥ Love her.. when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

♥ Love her.. when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.

♥ Love her.. when she is jealous. Out of all the men she can have, she choose you.

♥ Love her.. when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

♥ Love her.. when her cooking is bad. She tries.

♥ Love her.. when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

♥ Love her.. when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

♥ Love her.. when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

♥ Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

♥ Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

♥ Love her.. when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

♥ Love her.. when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

♥ Love her.. when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay.

♥ Love her.. when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass.

♥ Love her.. when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway.

♥ Love her.. when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

♥ Love her.. when she argues. She only wants to make things right for both.

♥ Love her.. she is yours. You don't need any other special reason !!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

Treat the women well..

(Source)

Notes to Danish~~

0
He’s the big brother now. Because of that, I always assume that Danish will be the one yang akan jaga adik dia. I always get him involved when it comes to taking care of his baby sister, I asked for his help a lot – getting clean diapers, wet tissue, throw dirty diapers in the dustbin, put dirty clothes in the laundry basket etc. More than often, he’ll lend his hand, walaupun kengkadang tu, it’ll take like 5 minutes and 2-3 items before I received new clean diapers. OR maybe…. I’ll get it fast, but instead of 1 piece, I get a whole bag of diapers. Sudahnya, jadi kerja pula untuk mama mengemas. But just so you know, I did appreciate every little things that you do for your baby sister, although in between, I become the angry bird momma!!

There was one time, when I was still sleeping, I overheard Danish playing with his baby sister. Worried that Danish-si-muka-legend-hati-kiut would go beyond excitement and hurt her, I take a glance towards them. I saw Danish touched his sister forehead affectionately and called her ‘dedek’ – a name given by him himself, it was supposed to be ‘adik’ by the way. He even gave her his car toy and forced asked her to play with it. I was so touched with what I saw. I know that he loves his sister dearly. He’s gentle, attentive and loving toward her. And furthermore, what touches me, he is willing to share his toys with her. Previously when I was still pregnant, I was worried that Danish will be jealous over his baby sister. I was once told that bigger sibling will usually hit their baby sibling out of jealousy. But it’s not the case with Danish. He only seems ‘jealous’ when he ask me for something, or need my attention when I was feeding her. Yet, it was only for a moment, after his needs is attended, he’ll no longer bother if I were to continue hold/feed his baby sister. Sometimes, I just pick him up and sit him together with his baby sister while I feed her. And he did not bother at all to ‘share’ me with her.

However, recently I felt guilt towards him. Since I was busy taking care his baby sister, Danish was always left alone. I expect him to be independent as I presume and somehow I set my mind to believe that he is able to take care of himself and no longer needs much of our attention. Sometimes, he’ll be sitting at the floor watching television by himself, while some other times he’ll be playing with his car also by himself, usually he’ll felt asleep afterwards. When come to think of it, it touched my heart, I failed to remember that he’s just two years old. He just a little kids who still need his parents, who need to be console when the astro went interrupted during bad weather, he actually afraid of this, who would wail when he could not pull his pants down, who would ask for ‘momom’ when he gets hungry, who would laugh and straight away run to the bed to lie down when he saw his ‘cucu’ (susu), who would get angry if his crane toy could not lift his toy car - which is bigger than the crane, etc. Anyhow, all in all, HE. STILL. NEED. US-his parents., to help him to grow up.






To Danish;

Mama wanted you to know that every little thing that I do, is based on my love towards you. I’m trying hard, very-very-very hard, to be a good mother to you and your little sister though I know at times I feel like I failed doing it. I’m only human which is still learning, and I’m slowly picking up. Motherhood isn’t always easy, especially to a career woman like me. If, and only if, I get mad over things, I wanted you to know that it wasn’t that I don’t love you, but……. it was indeed because I love you. Hmm, maybe someday, some other days, when you’re parents yourself, you’ll eventually understand. And I really hope that you’ll understand that……. I love you with all my hearts.

I love my sista!!

0
And it shows!!

Everytime i wanted to take picture of Delisya, Danish will usually jadi mat interframe. And he will usually gave his saya-sayang-adik pose. Memang undeniably sayang punya la.


Dari siang..

..sampai ke malam..

..walau menangis..


abang tetap sayang adik..

Blog Revamp!!

0
Finally!!

I've changed my layout after contemplating to change for one months. Rasa sejuk mata memandang layout baru ni. Though, i'm not a pinkish fan actually. Tapi better la kalau nak compare dengan previous layout which i personally think more like gangster punya website with its black colour, small font, serabut with so many widgets, so similar to typical gangster car - black colour, dark tinted, loud exhaust noise, etc.

So, i say goodbye to gangster lookalike layout, no heart feeling, yeah?! You've done a good job there for the whole 2 years with Daintily Spoken. Thank you for serving me all these years!!











Update: Okay, now i have duplicate blog post and i do not know how to remove it!! *sigh. And i know that my blog just look like rumah-baru-pindah-belum-sempat-kemas, everywhere got pile of boxes. But just bear with me, okay.

Wednesday, January 11, 2012

The Moms Avenue Return

0
Okay, it was not Danish or my little Delisya to be blame solely for my lack of time during this confinement period. Sorry dear. ;) I had my own project or to be exact, i had revive my little business that was loooOOong abandon - momsavenue.blogspot.com. This is part of my dream, to be a businesswoman, part time or full time, only time will tell. So, please do buy, support or at least visit us yeah!!

I'm in the midst of updating the sale items in the blog. So for the time being, there was only few item sold. However, you can already start your shopping now as some of the item was given on promotion price.

Arrival of my little Delisya Zahira - Part II

2
I wish i could do a blog marathon since i have so many things to share with the world. But with this very limited time i have, i'll just update with whatever story i can. I'll try to make this as fast as i could so that i can catch beauty sleep of mine. Bear in mind, i'm not like other mommy during confinement, at least that what i believe. I didn't get to sleep that much, read tak bleh nak tidur siang, with 2 years old toddler actively running the house down.

Ok, back to my birth story. I didn't feel relieve to be sent home. In fact, i was praying hard for me to feel contraction or at least some addition to my opening. But none. Still stuck at 3cm. So, i just give up to the idea sending me home.

I was home on 10th December 2011 around 3pm. Not long after i reached home, i started to feel the contraction. But i just ignore it, assuming it was just a mild one. Nothing near to labour.

0300hr, 11th December 2011, i couldn't really sleep. The contraction starting to grow stronger, but still bearable. It still at 2 hours apart. Hubby started to be weary. He keep insisting to send me to the hospital, takut terberanak di rumah. He's more panicked than i am. But i reject the idea.

2000hr, 11th December 2011. I feel stronger and more consistent contraction which appearing at 1 hours interval, which also still bearable as I can still ate my dinner peacefully and having conversation with my family over dinner. Still refusing to go to the hospital. I wanted to wait for the contraction to become more frequent and longer before going to the hospital, didn't want the same thing happening again. Penat wehh, packing unpacking barang ke hospital ni.

At first i tought i was going to give birth exactly on my EDD, 13th December 2011. But somehow, near to midnight, i decided to go to the hospital. Not because of my contraction is getting more stronger, still at the same level as before, but because i'm thinking if suddenly i were to give birth at wee hour, there's nobody to look after Danish and i didn't want to disturb my parents sleep. So, i better go during my father is still wide awake. However, when we sent Danish to my father, he cried his lung out as if he knows that we're going to left him at home. Suddenly I feel sad leaving Danish afraid that i might not see him again, well you know the feeling of giving birth, macam mau tercabut nyawa ja.

At the hospital, i was inspected and i was at 5cm opening!! The Doctor question me when do i started to feel the contraction, and asked me, why didn't i go to the hospital earlier. I was like, Helllloooo!! You guys are the one who sent me home, so why question!!

I was panicking when the Doctor inform me that he wanted to 'break my waterbag'. Suddenly i felt like i was not ready at all to give birth. I started to request absurd things, thinking that i could buy some time.

Me: Doktor, berapa lama lagi saya mau beranak ni, boleh ka saya makan ubat saya dulu, belum lagi saya makan hari ni.

Nurse: Tidak payah la kau makan tu, tiada effect pun sama HB kau, mau beranak sudah ni.

I then requested to go to the toilet. Jangan la kau kencing di sini, terberanak nanti kau. Kencing di labour room la dekat sikit dengan tandas.


Okayy. So I guess no more excuses could be given. I just accept the fact that this is it, it's time for my baby to see the world. So I was transferred to the labour room without any preparation. My baby clothes was still with hubby who's trying to find a parking spot.


Luckily, hubby manage to park the car and meet me outside the PAC room in time or else he won't be there to accompany me inside the labour room and my baby wouldn't have any clothes to wear!!


0100hr, 11th December 2011, i was again inspected and the Doctor inform me that i am expected to give birth around 0400hr - 0430hr. Three and a half hour to go, and i can't endure the pain any longer. The pain is unbearable compare to my last pregnancy. Previously, during my first labour, i can still doze off to sleep while in the labour room waiting to give birth, though earlier i vommitted twice.


In fact, i rang the Doctor thrice, thinking that i was about to give birth, and I even doing some 'pushing' myself, when the contraction is strong. At last, i was given Entonox as a pain relief, when i continuously complaining on the pain. It was supposed to be inhale only when in pain, but i didn't feel the effectiveness so i just inhale throughout the labour. And my husband is holding the mouthpiece for me for that 2 hours stretch. Thanks hubby for being there for me. I love you.. :) Halfway using the Entonox, i feel little light-headed. I can easily dozed off and during my so-called sleep, I started to feel as if i was vacationing at the beach, seriously!! I still feel the pain, though. But only a mild one.

At around 3-ish, the Doctor came in again to inspect me... and.. i was ready to give birth!! I don't know how many cm already, but she can feel the baby head.

0348hr, 11th December 2011, my long awaited princess has born. I am blessed to gave birth to a wonderful daughter and now having a pair, a wonderful boy and a beautiful girl. Apart from all the difficulty, it was indeed a wonderful experience to me.



Delisya Zahira - 2 hours old.




Delisya Zahira - 1 week old
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Friends